SEJARAH
SEKOLAH
Sekolah Ismail Satu, Muar, Johor didirikan di atas tanah lot 4739, Mukim Bandar, daerah
Muar. Sekolah ini telah melalui proses pembangunan yang amat pesat. Bermula
dengan ‘Muar English School’ pada tahun 1904, berkembang maju dengan cemerlang
sehingga terpilih melaksanakan Special Malay Class. Sekolah Kebangsaan Ismail
Satu telah diasaskan pada tahun 1904 dengan nama ‘Muar English School’di sebuah
bangunan rumah atap di kawasan Mahkamah Tinggi sekarang. Sekolah yang hanya
mempunyai 40 orang murid ini telah diasaskan oleh Encik C.P.Prois.
Dalam tahun 1914, Muar English
School telah berpindah ke Jalan Meriam di kawasan bangunan Sekolah Tinggi Muar
sekarang. Sekolah telah bertukar nama menjadi ‘Government English Preparatory
School’ (G.E.P.S). Di sinilah ‘Special Malay Classes’ (S.M.C) dimulakan. S.M.C
yang memberi peluang kepada murid-murid dari Sekolah-sekolah Melayu, termasuk
sekolah di luar bandar melanjutkan pelajaran menyebabkan Government English
Preparatory School mengalami perubahan.
Sekolah ini telah dirasmikan pada 6 Januari 1957 oleh Yang Teramat Mulia Tengku
Ismail Ibni Almarhum Tengku Sir Ibrahim
yang pada ketika itu Tengku Mahkota
Johor. Penyelia Sekolah-sekolah
Rendah pada ketika itu, Puan B.L. Milne (Pengasas Sekolah Rendah Ismail),
telah memerhatikan sebahagian daripada
sekolah yang digunakan tidak sesuai memandangkan bilangan murid semakin
bertambah, maka beliau telah mengesyorkan bahawa G.E.P.S itu memerlukan sebuah
bangunan yang baru dan lebih besar. Maka wujudlah Sekolah Ismail yang ada
sekarang.
Enam blok bangunan baru dilengkapi
dengan kantin, dewan dan pejabat telah didirikan di satu kawasan tanah seluas
14 ekar di Jalan Tunku Bendahara pada tahun 1957. Bangunan ini telah dirasmikan
oleh Tengku Mahkota Johor, Yang Mulia
Tengku Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, pada 6hb. Januari 1957. Sekolah ini
kemudiannya dinamakan ‘Ismail School’.
Dalam masa 2 tahun enrolmen muridnya menjadi lebih daripada 2 000 orang
dan ‘Ismail School’ dibahagi dua kepada Sekolah Ismail Satu dan Sekolah Ismail
(2) pada 19 Mei 1959, yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Rendah
Kebangsaan Ismail Satu dan Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail (2). Sekolah Rendah
Kebangsaan Ismail (2) kemudiannya berpindah ke bangunan baru pada tahun 1990.
Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Satu kekal berada di bangunan lama yang dibina
pada tahun 1957 untuk membina identiti dan mencari kecemerlangannya yang
tersendiri.
Pada tahun 1959, apabila bilangan murid
mencecah ke angka 2000 orang, Sekolah Ismail telah dipisahkan menjadi Sekolah
Ismail Satu dan Sekolah Ismail (2). Pada tahun 1990, Sekolah Ismail (2) telah
mendapat bangunan baru bersebelahan dengan Sekolah Ismail Satu. Sekolah Ismail
Satu telah berjaya melahirkan ramai
pemimpin dan peneraju institusi kerajaan dan swasta dengan cemerlang. Dengan terbinanya bangunan
baru empat tingkat, sekolah mengalami proses penukaran wajah secara amat
drastik. Bangunan baru yang siap dibina
pada tahun 2002 menempatkan Pejabat Pentadbiran, Bilik Darjah, Pusat
Sumber, Bilik Mesyuarat, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Kantin dan ruang
legar yang lebih selesa.
Bangunan yang selama ini menjadi
asas Sekolah Ismail Satu, telah digunakan sepenuhnya oleh kelompok murid
Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Program PKBP telah bermula pada bulan Jun 1991,
dengan 17 orang murid beserta 3 orang tenaga pengajar. Murid-murid bermasalah
pembelajaran terdiri daripada kategori Slow
Learner, Autism, Hyperactive,Cerebral Palsy, Down Syndrome, dan Dislexsia.
Sekolah
menjadi lebih sempurna
dengan terlaksananya kelas
Prasekolah sejak tahun
2003. Operasi Prasekolah berjalan
dengan teratur dan
lantaran itu amat
wajar sekolah ini
diletakkan sebagai Sekolah
Premier Daerah. Pada bulan Julai
2011, dua blok bangunan tambahan baru untuk menjalankan Program Pendidikan Khas
Integrasi yang menempatkan 8 buah kelas Masalah Pembelajaran dan sebuah kelas Masalah Penglihatan
berjumlah 58 orang murid. Sehingga Disember 2013, terdapat 244 orang murid sekolah
dan 42 orang guru serta 11 orang anggota kakitangan sokongan berkhidmat di
Sekolah Kebangsaan Ismail Satu, Muar, Johor.
SENARAI GURU BESAR
Bil
|
Nama Guru
Besar
|
Tempoh
|
1
|
EN. C.P.
PROIS
(Di
peringkat awal atas nama English School Muar)
|
1904
|
2
|
PN. B.L.MILNE
(Penyelia Bah. Rendah)
|
|
3
|
EN ATAN BIN HJ HAMID
(Atas nama G.E.P.S)
|
Penggal 1/1957
|
4
|
EN. A.K.PILLAI
|
Penggal 2/1957
Penggal 1/ 1958
|
5
|
EN. CHANG MONG HOE
|
April/Mei 1958
|
6
|
EN. HENRY TAN
(Atas nama Ismail School 1)
|
1959 – 1975
|
7
|
EN. ALI BIN HASHIM
|
1976 – 1983
|
8
|
EN. KASSIM BIN HJ HARON
|
1984 - 1989
|
9
|
TN. S. RAHMAN B. S. AHMAD
|
1989 - 1991
|
10
|
EN. AHMAD B MOHAMAD
|
1991 - 1994
|
11
|
TN. HJ. HASSAN B OSMAN
|
1994 -
1998
|
12
|
TN. HJ. DANIK B KAMUN
|
1998 - 2002
|
13
|
TN. HJ. ON
B JAAFAR
|
2002 - 2006
|
14
|
EN. ADAM B ADAS
|
Nov. 2006 – 15 Okt 2012
|
15
|
EN. MOHAMAD YUSOH BIN MISBAH
|
16 Dis. 2012 -
|
0 Response to "Mengenai Kami"
Post a Comment